kelong

Kelong Sri Pantai janji kelainan
Kelong Sri Pantai janji kelainan
Jeti Pontian Besar menanti kehadiran pengunjung untuk ke Kelong Sri Pantai.
Kelong Sri Pantai janji kelainan
Angin laut yang bertiup menjanjikan ketenangan kepada pengunjung di atas kelong.

Daerah Pontian, sememangnya dikenali sebagai destinasi pilihan kaki pancing kerana mempunyai pelbagai lokasi menarik khusus bagi aktiviti memancing.

Terletak di sepanjang jajaran Selat Melaka, bermula dari Penghujung Benua Asia iaitu Tanjung Piai, kemudian ke Kukup, sehinggalah ke Benut, menawarkan pelbagai lokasi buat kaki pancing.

Bagi mereka yang tidak gemar memancing di tepi pantai dan mahukan cabaran memancing di tengah lautan, Kelong Sri Pantai boleh dijadikan pilihan.

Terletak kira-kira tiga kilometer dari persisir pantai Pontian Besar, perjalanannya hanya memakan masa 20 minit dari jeti Pontian Besar dengan menaiki bot pelancong atau bot nelayan.

Yang pasti, perjalanan ke kelong dengan menaiki bot tidak membosankan kerana pengunjung akan disajikan dengan pemandangan kampung nelayan di sepanjang pesisir pantai yang menarik.

Pak Kamal berkata, kemudahan chalet yang disediakan di atas kelong tersebut, memberi pilihan kepada kaki pancing untuk datang bersama keluarga atau rakan dan bersantai di tengah lautan.

Menurutnya, sebanyak empat bilik dan satu dorm yang boleh memuatkan seramai 25 orang disediakan di chalet tersebut.

“Selain itu, kelong ini turut mempunyai sebuah dewan mesyuarat yang boleh menampung kira-kira 40 orang dalam satu masa dan kemudahan surau,” katanya.

Tawar harga berpatutan

Harga pakej yang ditawarkan pula amat berpatutan iaitu RM130 sehari termasuk tambang bot, makan malam, sarapan pagi dan penginapan.

Kebanyakan ikan yang ada di kawasan Kelong ini antaranya ikan pari, tebal pipi dan jenahak.

Pak Kamal berkata, dalam masa sebulan, kira-kira 200 hingga 300 pengunjung termasuk dari jabatan kerajaan dan swasta mengadakan kursus dan sebelah malamnya mereka memancing selain turut mengadakan program motivasi, di sini.

Menurutnya, kedudukan Pontian yang hampir dengan Johor Bahru iaitu hanya memakan masa kira-kira 45 minit sahaja memudahkan ramai kaki pancing khususnya dari Johor Bahru datang ke kelong pancingnya.

“Anda juga boleh melihat matahari terbenam di waktu senja, yang pastinya amat menakjubkan sekali, di samping dapat menghirup udara yang bersih jauh dari pencemaran.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: