candat sotong

Mencandat Sotong di Pulau Kapas, Marang, Terengganu

yeah semangat nih nak pergi mencandat!semua ahli berkumpul di cafe p19 ,ade yang lapor sarapan pagi dulu.ade yang sempat g servis kete dulu.dalam jam lebih kurang pukul 8.30 pagi group kiteorang bertolak ke terennganu,dalam perjalanan tu kiteorang berhenti mkan di kota tinggi.niat kawan nak rasa ikan air tawar tapi xde rezeki kiteorang.siap makan kiteorang teruskan perjalanan.dalam jam 12.45 kiteorang berhenti sembahyang jumaat di pekan.selesai solat kiteorang sambung perjalanan.geng2 sume dah xsabar nak naik sotong besar2.makan nampak sotong.berak nampak sotong.hahaha.tepat jam 8.30 malam kiteorang sampai di bilik tumpangan .masing2 dah kepenatan .malam tu bawak geng2 keluar makan di chendering.pastu balik simpan tenaga untuk aktiviti candat esok.jam 4.30 petang bermulalah perjalanan ke pulau kapas.(sebenarnya jauh lagi dari pulau kapas).berhenti jet bot ape lagi masing2 sibuk nak campak candat.say relak dulu.mancing ikan dulu.best jugak layan ikan kerisi.dah nak gelap tu bot ade masalah generator xhidup plak.nak buat camne memang xde rezeki kiteorang time tu.maaf ye kawan2.tapi sape yang bawak joran dia boleh mancing ikan.so xlah rasa bosan sangat.pagi dalam jam 6.30 bertolak ke jeti marang.tq kawan2 kerana join trip ni walaupun xdapat candat tapi pengalaman dan kemesraan hubungan dapat di kakalkan dan xkan dilupakan.di sini juga disertakan  gambar aktiviti kami.dan permandangan di sekitar pekan marang.

psr mrg pulau kaps

tasik kenyir

salah satu tempat menarik di terengganu untuk di kunjungi.

tasik kenyir

kelong

Kelong Sri Pantai janji kelainan
Kelong Sri Pantai janji kelainan
Jeti Pontian Besar menanti kehadiran pengunjung untuk ke Kelong Sri Pantai.
Kelong Sri Pantai janji kelainan
Angin laut yang bertiup menjanjikan ketenangan kepada pengunjung di atas kelong.

Daerah Pontian, sememangnya dikenali sebagai destinasi pilihan kaki pancing kerana mempunyai pelbagai lokasi menarik khusus bagi aktiviti memancing.

Terletak di sepanjang jajaran Selat Melaka, bermula dari Penghujung Benua Asia iaitu Tanjung Piai, kemudian ke Kukup, sehinggalah ke Benut, menawarkan pelbagai lokasi buat kaki pancing.

Bagi mereka yang tidak gemar memancing di tepi pantai dan mahukan cabaran memancing di tengah lautan, Kelong Sri Pantai boleh dijadikan pilihan.

Terletak kira-kira tiga kilometer dari persisir pantai Pontian Besar, perjalanannya hanya memakan masa 20 minit dari jeti Pontian Besar dengan menaiki bot pelancong atau bot nelayan.

Yang pasti, perjalanan ke kelong dengan menaiki bot tidak membosankan kerana pengunjung akan disajikan dengan pemandangan kampung nelayan di sepanjang pesisir pantai yang menarik.

Pak Kamal berkata, kemudahan chalet yang disediakan di atas kelong tersebut, memberi pilihan kepada kaki pancing untuk datang bersama keluarga atau rakan dan bersantai di tengah lautan.

Menurutnya, sebanyak empat bilik dan satu dorm yang boleh memuatkan seramai 25 orang disediakan di chalet tersebut.

“Selain itu, kelong ini turut mempunyai sebuah dewan mesyuarat yang boleh menampung kira-kira 40 orang dalam satu masa dan kemudahan surau,” katanya.

Tawar harga berpatutan

Harga pakej yang ditawarkan pula amat berpatutan iaitu RM130 sehari termasuk tambang bot, makan malam, sarapan pagi dan penginapan.

Kebanyakan ikan yang ada di kawasan Kelong ini antaranya ikan pari, tebal pipi dan jenahak.

Pak Kamal berkata, dalam masa sebulan, kira-kira 200 hingga 300 pengunjung termasuk dari jabatan kerajaan dan swasta mengadakan kursus dan sebelah malamnya mereka memancing selain turut mengadakan program motivasi, di sini.

Menurutnya, kedudukan Pontian yang hampir dengan Johor Bahru iaitu hanya memakan masa kira-kira 45 minit sahaja memudahkan ramai kaki pancing khususnya dari Johor Bahru datang ke kelong pancingnya.

“Anda juga boleh melihat matahari terbenam di waktu senja, yang pastinya amat menakjubkan sekali, di samping dapat menghirup udara yang bersih jauh dari pencemaran.

gambar aku dan sifu-sifu

sifu ijan dengan tangkapan talapia di utm .
sifu ijan dan sifu koma di kolam udang taman perling .
projek ikan talapia di kg terengganu .

kenangan trip mancing pulau kapas

trip mancing

pulau kapas dengan keluarga.

mancing udang galah

jom layan keseronokan mancing udang

cara ikatan mata kail

video mancing

jenis umpan mancing

Umpan

Umpan adalah bagian dari alat pancing. Umpan berfungsi untuk menarik perhatian ikan sasaran sehingga ikan tersebut tertarik untuk memakan atau mengigitnya.

Jenis-jenis umpan mancing

Umpan dapat dibagi dalam 2 kategori besar, yaitu umpan alami dan umpan tiruan.

  1. Umpan alami (bait) adalah umpan yang sama atau secara kimiawi mirip dengan makanan ikan tersebut di habitat aslinya. Umpan alami dapat berupa cacing, udang, ikan, cumi, pelet, umpan esence dan sebagainya.
  2. Umpan tiruan (lure) adalah umpan khusus untuk ikan-ikan predator baik air tawar maupun air laut yang dibuat sedemikian rupa sehingga bentuk dan gerakannya menyerupai makanan alami ikan tersebut di habitat aslinya. Beberapa tipe umpan tiruan meliputi  :  minnow, popper, metal jig, konahead, spoon, crankbait, stckbait, spinner, jig head, soft plastic lure, sabiki (kotrekan), feather jig,dll.

Petua Memilih Joran

Petua Memilih Joran
Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi ‘perkhidmatan’ terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan ‘casting’, joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.
Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.Bentuk cincin joran –

Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :

Cincin joran berkaki tiga
Cincin joran berkaki empat
Cincin Joran berkaki tunggal

Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.Pemegang joran – pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span.

Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila ditanggalkan.